Monday, May 17, 2010

CORAK BATIK DIMENSI BARU
























































penggunaan batik DIMENSI BARU..

kasut





fesyen baju












bekas tisu







langsir



kipas












tali leher















payung






tas tangan
















FUNGSI BATIK DIMENSI BARU

Pada masa kini, batik dimensi baru berkembang mengikut perkembangan semasa dari segi motif-motif batik, teknik, dan proses membatik serta penggunaan warna dan kain. Penggunaan batik dimensi baru adalah luas dan batik ini digunakan hampir meliputi semua bidang dalam kahidupan. Antara fungsinya termasuklah:

~ perhiasan bilik : langsir, kusyen, pengadang ruang, alas meja dan kerusi,tudung lampu, hiasan dinding, lukisan batik

~ kelengkapan ruang tamu dan bilik tidur : alas meja, sarung bantal, pengadang ruang, cadar

~ aksesori : cenderamata, bekas tisu, payung, bekas serba guna

~ perhiasan diri : tas tangan, tali leher, sapu tangan, skaf, dompet

PROSES MEMBUAT BATIK BLOK

Batik blok dikenali juga sebagai batik terap atau batik cap. Proses membatik batik blok adalah proses mengecap bahagian corak timbul pada permukaan blok yang berlilin cair ke atas permukaan kain. Fungsi lilin adalah untuk menghasilkan kesan corak pada permukaan kain setelah diwarnakan kerana pewarna tidak dapat menembusi bahagian kain yang berlilin..
Langkah-langkah:

1. memateri kepingan logam
2. melekatkan kepingan logam ke atas blok ( sarang batik )
3. mencelupkan permukaan sarang batik kedalam cairan lilin.
4. mengecapkan lilin cair ke atas permukaan kain.




5. mencelupkan kain yang dicap dengan lilin ke dalam pewarna




6. merebus kain dengan air soda ash unutk menanggalkan lilin.



7. menjemur kain.

bahagian pada BATIK


Motif pada BATIK

Motif ialah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometri yang berunsurkan alam semula jadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan bunga-bungaan dan haiwan.

CONTOH MOTIF ORGANIK

~ Motif ayam
~ Motif bunga buluh
~ Motif bunga kerak nasi
~ Motif bunga kotak bercampur
~ Motif bunga orkid
~ Motif bunga raya
~ Motif daun sireh
~ Motif pucuk rebung
~ Motif rama-rama
~ Motif siput

CONTOH MOTIF GEOMETRI

~ Motif pucuk rebung
~ Motif bunga kotak bercampur

Sunday, May 16, 2010

~SEJARAH BATIK~


Batik merupakan satu bidang kraftangan yg unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik tradisional.Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa ' tik ' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.